Carita Cuti Saya V
Thursday, 27 December 2012 - 12/27/2012
Hai korang semua. Ahyo, lama sudah qila tak update blog terchenta ni. So hari ahad lepas qila pergi Pahang. Yeah, tempat yang kena banjir tu, qila ada family day dekat sana. Sampai sana agak lewat jugak, dalam pukul 5 petang. Masa sampai cuaca elok jer tetapi malam tuh dah start hujan. Masalahnya hujan tu tak nak berhenti sampai la hari isnin masa qila nak balik. Kiteorang berkampung dekat situ 3 hari 2 malam. And dalam 3 hari 2 malam tu jugak qila merasa macam mana hidup dalam banjir.
Keesokan paginya hujan tetap jugak tak nak berganjak. So akibatnya kiteorang terpaksa buat game indoors daripada outdoors. Tapi hujan tidak dapat mematahkan semangat kami yang ingin bermain. Alhamdulillah group qila dapat memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. Habis game jer boys terus terjun dalam kolam renang yang ada dekat chalet tu. Nasib baik gerimis jer and kolam pulak dipenuhi oleh air hujan. Petang pulak aktiviti bebas and yeah semua orang kepenatan so kerjanya tidur je la.
Aww, how i could wish the cloud was like this =='
Malam tuh majlis penyampaian hadiah and family qila banyak jugak lah terima hadiah. Masa dinner parents semua risau jer macam mana nak balik rumah yelah sebab tempat family day qila tu air dah mula naik means dah banjir dekat tempat persekitaran tuh. So conclusionnya lepas breakfast esok terus berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Syukur alhamdulillah perjalanan pulang qila ke rumah tidak menanggung sebarang kecelakaan. Tapi yang sedihnya family day tu bukannya dipenuhi dengan kegembiraan tetapi dipenuhi dengan kerisauan.
Everyone has to be like this masa dekat Pahang tu.
。・☆。・☆・。。・☆。・☆・。
« Previous | Next »