Assalamualaikum!
Jumaat-balik kampung. Suka gila buka awal dekat sini. Malam tuh, kampung macam nak bukak hikayat perang dunia ketiga almaklumla, mercun sana sini. gaya nak merdeka pon ada juga ==' .
Sabtu- bangun lewat sebab puasa terakhir. Aiyoo malas pulak nak kena angkat tilam. Kesian dekat pakcik kita dengan abang long sebab kena tolak kereta dari simpang jalan sampai rumah. Sebabnya kereta rosak, abang long pulak tak sahur lagi. Pity of him =.= Hari tu mula kemas rumah. Ngaa penat satu badan sapu rumah-eiceh macam dia sorang je yang kemas. Kaum ibu semua sibuk nyiapkan ketupat untuk dimasak. Malam buka dekat luar mean luar rumah je. Ok la tuh, meriah sikit.
Ahad-bangun awal sebab semangat nak sambut hari raya. Niat nak buat mandi sunat tapi tak jadi sebab airnya sejuk bangat. Tahun ni baju raya tema 'turqoise' tapi gaya macam tak je sebab colour baju macam hijau tua. Ngaa lantakla asalkan berpakaian. Petang tuh pi johor bahru and raya sekali dengan keluarga doktor. Satu je qila kagum dengan family doc tu, her daughter speaking ui cakap pun sopan je. Momella >_< . Anak lelaki doc tu pula hensem, umur dia 3 going to 4 years old.